? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 25 Oktober 2010

Maya..

Ini adalah 1 realiti..

Dulu kene pakse Join FB..
Skarang patut berterima kasih kepada Ety dan Frah sebab dorang, aku join FB.

Dulu aku tak suke buka FB.
Skarang tak buka FB 1 hari rase macam x cukup syarat.

Dulu ingat FB hanye untuk suke-suke.
Sakarang baru tahu, yang dalam FB juga boleh berbalas pantun dan bermain teka teki.
*Terima kasih Dr Normaliza!

Dulu Tak penah terpikir untuk ade blog sendiri.
Skarang aku dah ade blog sendirilah.. yea.. yea..
*Terima kasih Dr Normaliza!

Dulu tak tau nak tulis ape dalam blog.
Skarang aku dah pandai meluahkan isi hati dalam blog aku. /lepas bace blog Dr/
*Terima kasih Dr Normaliza!

Dulu tak pernah pon tulis cerpen.
Skarang korang dah boleh bace cerpen kanak-kanak yang aku tulis atas arahan Dr.
*Terima kasih Dr Normaliza!

Dulu tak pandai pon buat pentun-pantun ni..
Skarang, janagn pandang aku sebelah mata ok.. ~sedikit riak~ hehehee..
*Terima Kasih Dr Normaliza!

Dulu aku takut nak pandang muke Dr.
Skarang, macam tak percaya yang aku sebenenarnye rindukan Dr..
*Ini bukan bodek yer*..

Dulu aku harap kelas Sastera Dalam Multimedia ni abis cepat.
Skarang memang dah abis.. *Tapi aku rase sedih*
~Kenapelah cepat sangat habisnyer yer?
Baru aku sedar, masih banyak yang perlu aku pelajari sebenarnye..


TERIMA KASIH DR NORMALIZA...!!!
KAMU ADALAH YANG TERBAIK BUAT KAMI..

Jumaat, 22 Oktober 2010

kupujuk hati ini.

Kupujuk hati ini
Setelah rajukku memakan diri
Kucuba biarkan ia berlalu
Ku pendam jauh dilubuk hati

Baru saja kupujuk hati
Terbaca ku satu coretan
buat hatiku bertambah rajuk
Rajuk dulu belum terubat
Rajuk baru muncul lagi.

Kupujuk lagi hati ini
Biarkan Coretan itu
Lupakan kata-kata itu
Jangan diingati semua itu
Hanya menambah luka dihati.

Sampai bilakah rajukku ini?
Sampai hati menjadi remuk?
Rajuk dihati harus ku pujuk..


Ahad, 1 Ogos 2010

Titis Hujan.

Guruh dilangit berdentum
Kilat menyambar kebiruan
Titis-titis hujan mulai membasahi
Bumimu Tuhan.

Titisan hujan mencurah semakin deras
Air diparitan semakin melimpah
Membawa daundaunan kering
Membersih bumi membuangkotoran
Dibumimu Ya Tuhan.

Air air jernih ini Rahmatmu
Air air jernih ini juga mungkin Amarahmu
Begitu taksub makluk bernama manusia
Hingga terlepas pandang dari Amaran dan Petandamu
Ampunkan kami Tuhan
Kerna tak bisa membaca Petanda Amarahmu

Setiap kejadian itu ada hikmahnya
Termasuk hari ini
Aku berasa kerdil mengecil
Melihat kekuasaanMu Ya Tuhan

Andai HujanLebat ini Rahmatmu buat makluk dibumi
Aku ucapkan syukur
Andai HujanLebat ini adalah Petanda buat Makhlukmu
Aku juga bersyukur Ya Tuhan
Kerna PetandaMu inilah membuatkan aku semakin MengEsakan Mu Ya Tuhan..
Alhamdulillah..

Khamis, 22 Julai 2010

Kerna Aku..

Di tengahari Jumaatni..
aku rase sayu..
sayu yang teramat-amat sayu..
sayu aku kerna..

Di tengahari Jumaatni..
aku rase pilu.
pilu yang menyayat hatiku..
pilu hatiku kerna..

Di tengahari Jumaatni..
aku rase sebak..
sebak yang menyesak dadaku..
dadaku sebak kerna..

(kerna aku hanya dapat makan biskut jacob's)

Cerita kanak-kanak!!

KORANG LAYAN JELAH CERITA AKU NI YER:P

Puteri Disihir Menjadi Batu Karang.

Al-kisah tersebut satu cerita, cerita Si Duyung cantik jelita. Parasnya cantik tiada tandingan,baik budinya jadi sanjungan. Bernama Cahaya, anak kepada Duyung Emas dan Duyung Petra. Duyung Cahaya berwajah cantik lagi menawan, menjadi rebutan duyung jantan di lautan Fantasia. Namun menjadi musuh bagi duyung betina yang mencemburui kecantikan Duyung Cahaya.

Lautan Fantasia mempunyai seorang Raja bernama Dungga manakala permaisurinya bernama Dewata. Mempunyai seorang puteri bernama Puteri Segisa.
Digambarkan wajah Puteri Segisa juga amat menawan, namun perwatakannya begitu merisaukan hati kedua orang tuanya. Pernah satu ketika sewaktu Raja Dungga dan Permaisurinya Dewata melawat ke kawasan taklukan mereka, Puteri Segisa telah mencari duyung-duyung cantik di situ untuk dibawa ke istana Antora untuk dijadikan hamba suruhannya.

Puteri Segisa mempunyai sifat cemburu yang amat ketara dan melampaui batas. Siapa sahaja yang kelihatan cantik pasti menjadi ancaman baginya. Walaupun sudah berkali-kali ibu dan bapanya menyatakan bahawa tiada duyung lain di pulau Fantasia itu yang mampu menandingi kecantikan Puteri Segisa, namun itu masih belum dapat memuaskan hati Puteri Segisa.

Sikap Puteri Segisa ini membuatkan ramai duyung di Negeri Fantasia menjadi takut dan ada diantara mereka yang sengaja memburukkan muka sendiri dengan cecair sotong agar wajah mereka kelihatan hitam dan buruk. Namun bagi Puteri Segisa itu masih belum cukup untuk memuaskan hatinya. Entah mengapa, setiap malam ada sahaja mimpi yang datang menggangu tidurnya. Dalam mimpi itu muncul se ekor duyung yang cantik lagi menawan dan menjadi rebutan putera-putera duyung dari negeri lain. Disebabkan mimpi inilah Puteri Segisa menjadi semakin gelisah dan ingin mencari siapakan duyung cantik yang sering muncul dalam mimpinya.

Mimpi ini telah dikabarkan kepada Raja dan Permaisuri.
"wahai ayahda dan bonda, anak kanda sering bermimpi buruk sejak beberapa hari yang lepas, bagaikan ada seekor duyung yang cantik lagi menawan akan menjadi persaing kepada anakda" .. Kata Puteri Segisa kepada Raja dan Permaisuri.

Namun Raja dan Permaisuri yang sudah biasa dengan sifat cemburu Puteri tunggalnya itu hanya mendengar dan tidak memberi apa-apa pendapat. Kerana sudah arif denagn sikap Puterinya itu yang tidak mahu mendengar kata. Oleh kerana rasa tidak puas hati dengan layanan daripada Raja dan Permaisuri, Puteri Segisa telah membuat keputusan untuk mencari siapakah gerangan duyung berwajah cantik yang sering muncul dalam mimpinya itu.

Disebabkan hasat dengki itu, Puteri Segisa telah berjumpa dengan nenek ikan duri yang terkenal sebagai tukang sihir yang sangat hebat dan jahat. Nenek ikan duri ini telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di sebuah lubuk yang begitu jauh dengan Kota Fantasia. Nenek ikan duri itu telah dikurung didalam sebuah kurungan besi agar nenek ikan duri tidak dapat keluar dan dijaga oleh dua puluh ekor askar duyung jantan. Pelbagai cara dan tipu helah telah digunakan oleh nenek ikan duri untuk keluar dari sangkar besi itu, namum masih gagal.

Dalam diam-diam, pada suatu hari Puteri Segisa telah berjaya meracuni kesemua askarnya dengan meletakkan racun kedalam makanan askar-askar tersebut. Apabila kesemua Askar duyung sudah tidak sedarkan diri, Puteri Sesiga telah berjumpa dan membuat perjanjian dengan nenek sihirikan duri.
"wahai nenek ikan duri, aku boleh keluarkan engkau dari sangkar ini, tapi dengan syarat engkau sanggup membantuku untuk mencari siapakah duyung cantik yang sering muncul dalam tidurku selama ini"..
"baiklah aku bersetuju".. jawab nenek ikan duri..
Terlepaslah nenek sihir ikan duri dari kurungannya. Dalam hati nenek ikan duri berkata
"aku akan bantu kau mencari duyung cantik itu, kemudian setelah kau menemuinya, aku akan jalankan tugasku untuk menghancurkan keluargamu pula..
Kerana Raja Dungga lah aku di humban ke lubuk ini bertahun-tahun lamanya."

Namun, perancangan ini tidak diketahui oleh Puteri Segisa. Pada waktu ini apa yang penting bagi Puteri Segisa ialah menghapuskan duyung yang sering muncul dalam mimpinya itu sahaja. Tidak terlintas dalam fikiran Puteri Segisa bahawa nenek ikan duri itu akan membinasakan kehidupannya kelak.

Nenek sihir ikan duri telah memberikan dua kuntum bunga yang hanya boleh didapati didaratan sahaja kepada Puteri Segisa sebagai satu umpan untuk membuatkan Duyung Cahaya mengikut segala kata Puteri Segisa. Bunga itu telah disihir oleh nenek ikan duri dan sesiapa sahaja yang mencium bunga itu akan kehilangan segala ingatannya dan akan mengikut segala arahan dari sesiapun.

Tanpa membuang masa, Puteri Segisa telah pergi mencari Duyung Cahaya di tempat tinggalnya di sebuah kawasan yang terpencil di Negeri Fantasia. Puteri Segira telah menyamar menjadi nenek tua yang tidak berdaya dan memerlukan pertolongan daripada Duyung Cahaya. Sebagai balasan, nenek tua itu akan memberikan dua kuntum bunga yang hanya terdapat di daratan sahaja kepada duyung Cahaya. Selepas membantu nenek tua itu, duyung Cahaya begitu teruja untuk melihat bunga yang dimaksudkan oleh nenek tua itu.
Sebaik sahaja nenek tua itu memberikan bunga yang telah disihir kepada duyung Cahaya, Se ekor Putera Duyung telah merampas bunga itu dan menghancurkannya. Puteri Segisa yang menyamar menjadi nenek tua itu terkejut dan melarikan diri, kerana takut segala perbuatannya itu diketahui oleh duyung-duyung lain. Puteri Segisa begitu marah dengan apa yang telah terjadi. Segala perancangannya untuk memusnahkan duyung Cahaya telah dihalang oleh seekor duyung jantan.

Oleh sebab rasa tidak puas hati,Puteri Segisa telah berjumpa dengan Nenek sihir ikan duri untuk kedua kalinya untuk membantunya memusnahkan duyung Cahaya.
Namun pada kali ini, Puteri Segisa telah ditipu oleh nenek ikan duri dan Puteri Segisa telah disihir oleh nenek ikan duri menjadi batu karang. Kini nenek ikan duri berasa begitu gembira kerana berjaya menghancurkan hidup Puteri Segisa.

Di istana Antora pula, Raja dan Permaisuri begitu risau akan kehilangan Puteri Segisa, akibat menahan rindu kepada Puteri mereka, Raja dan Permaisuri telah jatuh sakit dan lama kelamaan sakit mereka semakin melarat. Semua Raja duyung telah pergi melawat Raja negeri Fantasia. Se ekor Putera Duyung telah memberitahu kepada Raja Dungga bahawa Puteri mereka telah disihir oleh nenek ikan duri menjadi batu karang..

Raja Dungga telah mengarahkan askarnya untuk menangkap nenek ikan duri dan setelah ditangkap nenek ikan duri telah daiarah untuk menukarkan Puteri Segisa menjadi seperti asal. Nenek sihir ikan duri tidak mengendahkan perintah Raja Dungga dan Nenek sihir ikan duri telah dihukum bunuh oleh Raja Dungga.

Duyung Cahaya telah berkahwin dengan Putera Raja Duyung dari Negeri Andalas, dan mereka hidup bahagia bersama-selamanya. Manakala Puteri Segisa kekal menjadi batu karang untuk selamanya. Tidak lama kemudian, Permaisuri Dewata telah melahirkan anak yang diberi nama Puteri Cahaya. Puteri Cahaya adalah penghibur kepada Raja dan Permaisuri setelah mereka kehilangan Puteri Segisa .

Daripada cerita ini dapatlah diambil iktibar supaya jangan kita bersikap hasat dengki kepada orang lain, kerana sifat itu akan merugikan diri sendiri. Seperti apa yang telah terjadi kepada Puteri Segisa dalam kisah di atas.